Saturday, December 17, 2011

Tip 19# Tips apabila menumpang @ merempat di rumah member

Tips kali ini abg nk bgtau serba sedikit tips apabila anda menumpang@merempat di rumah member anda( rumah bujang)

1 Jika anda membawa kenderaan, pastikan anda tidak merembat parking kawan anda itu, seeloknya parking la jauh sikit dan tunggu jika kawan anda sendiri menggofferkan tempat parking utk anda

2) Bawa pakaian yg mencukupi ttp tdak terlalu banyak kerana pakaian anda hanya akan menyebabkan ruang utk sidai baju menjadi sempit

3) Ringan tulang seperti rajin membuangkan sampah , memasak air dan menyapu sampah

4) Jika anda memecahkan cermin bilik air, pastikan ganti secepat mungkin( sory sajen)

5) Bermurah hati untk membelikan makanan utk rakan2 anda

6) Peramah dengan rakan serumah anda yg lain

7) Jika anda menumpang rumah rakan yg masih belajar di university pastikan anda tidak menggangu pembelajaran mereka

8) Jangan buka komputer atau laptop mereka dgn sesuka hati, minta kebenaran dahulu

9) Last sekali , kalau tumpang dah dekat sebulan,bayar je la sewa rumah sekali


P/S : Abg pun menumpang skang ni kat rumah sewa Sarjan dan post kali ni x de gambor

Wednesday, November 23, 2011

Tips 18# Macam mane nak rembat awek/balak member

Tips kali ni agak ekstrem sebab ade pro and cons die, tp story kali ni mmg ade terjadi,berikut adalah tips2 untuk merembat awek / balak member sendiri:-

1)Menjadi stalker di laman social(FB,Friendster , Google+) dan menjadi antara orang yg terawal "like" dan komen status awek/balak member

2)Apabila mengetahui kawan anda dan kekasih die sedang bergaduh atau bermasam muka, cube jadi orang tengah yang amat memahami dan lebih memihak kepada kekasih kawan anda

3)Meluahkan rase sunyi dan meminta simpati kepada kekasih member anda tetapi harus di ingat jgn sesekali menunjukkan anda sedang desperate utk berkapel kerana anda hanya membuat kekasih kawan anda itu menjauhkan diri

4)Apabila kawan anda dan kekasihnya break off wat sementara or tergantung, anda haruslah menjadi orang yg sangat die perlukan,cube hiburkan hati die supaya die akan lupa pada kawan anda itu

5)Jangan sesekali terus mengajak kekasih kawan anda yg baru putus itu terus menerima anda kerana die mengambil masa utk melupakan kawan anda itu

6)Hasut kekasih kawan anda itu supaya memutuskan terus sebarang bentuk komunikasi dan delete semua benda yg berkaitan dgn kawan and itu

7)Ajak kekasih kawan anda itu ke majlis kahwin supaya mendapat pujian umpama sepasang kekasih

8)Ajak g tempat sunyi dan telefon jabatan agama islam ( langkah drastik)

Selamat mencuba

Tuesday, March 29, 2011

Tips 17# What to do when you bored

1. THINGS YOU CAN DO WITH ABSOLUTELY NOTHING

Blink wildly and then close your eyes really tight for an interesting light show
(Amusement Potential: 1-5 minutes)
See a variety of blobs, stars and flashes. Try to make out shapes and see if your subconscious is trying to send you a message (perhaps that funny shape is saying, 'send all your money to urban75.com'?)

See how long you can hold a note
(Amusement Potential: 4-20 minutes)
Not that much fun, but it sure passes the time. Play with a friend, or try to beat your own personal best. Inhale deeply and then try and make a noise for as long as you can. Earn extra points for making your partner laugh or ending on an amusing note.

Try to not think about penguins
(Amusement Potential: 1-5 minutes)
This is especially hard, because by trying too much, you remember what you were trying to avoid thinking of. If you try too little, you end up thinking about penguins anyway.

Use your secret mind power
(Amusement Potential: 5-10 minutes)
Pick a passing by and try to use your mind power to command them do something, like drop their bag or knock into someone. The law of averages dictates that sooner or later one of your mind commands will come true, so you can convince yourself that you really have super human powers and waste even more time trying them out.

Pretend you're a robot
(Amusement Potential: 1-3 minutes)
Walk down the street with mechanical movements, adding 'zzzzzt' sounds with each motion. Pretending to have a motor broken in, say, your left hand can add at least 30 seconds more entertainment.

Scratch yourself
(Amusement Potential: 1-3 minutes)
Go ahead, scratch yourself now. Even if nothing itches, go ahead. Doesn't that feel pretty good?

Rate passers by
(Amusement Potential: 10-15 minutes)
Secretly award passers by marks out of ten as you go along, offering (unsaid) expert criticism over their clothing, hairstyle and footwear choices.

Repeat the same word over and over until it loses its meaning
(Amusement Potential: 1-3 minutes)
Pick a random word out of a magazine and say it aloud to yourself until it becomes a meaningless set of noises.

Pinch yourself
(Amusement Potential: 1-3 minutes)
What is pain? Why is it unpleasant? There's nothing physical about it - it's all in your mind. Plus, after pinching yourself for awhile, boredom will seem nice next to being in pain.

Try to swallow your tongue
(Amusement Potential: 1-2 minutes)
There's not much to say about this one. It is possible, but really stupid.

Pretend to be a car
(Amusement Potential: 5-10 minutes)
Make appropriate revving noises in your head as you walk along and add a racing commentary as you pass strangers in the street. Use blinking eyes as indicators for extra authenticity.

Make Star Trek door noises
(Amusement Potential: 1-2 minutes)
Stand by an electric door to a bank or something and make that silly "Scccccccchwop" sound heard whenever people popped on to the bridge to hang with Captain Kirk.

Look at something for awhile, shut eyes, study after image
(Amusement Potential: 2-5 minutes)
Another great time waster. It takes about 30 seconds of staring to create an after image, and the image is then viewable for about the same length of time. Fun to combine this one with pushing on your eyes.

Get yourself as nauseated as possible
(Amusement Potential: 5-10 minutes)
Best achieved by looking straight up and spinning around. Try to be so dizzy you can't even stand up. This is also entertaining due to the "makes boredom seem a lot better" effect (see "Hurt Yourself").

Invent a weird twitch
(Amusement Potential: 5-10 minutes)
Adopt a bizarre twitch (e.g. flicking your head irregularly, twitching with eye or busting out sporadic cough noises) and try it out when you go shopping.

Make a low buzzing noise
(Amusement Potential: 15-30 minutes)
Hours of fun in libraries! Keeping a totally straight face and looking nonchalant, make a low pitch humming/buzzing noise and see who reacts.

Sunday, March 27, 2011

Tips 16# Apa yang tidak boleh di buat apabila anda online atau melayari internet pada masa kini

Tgk laman web lucah adalah perkara yang dulu lagi di larang tetapi pada masa kini ada lagi perkara yg lebih bahaya dan jgn di lakukan oleh anda ketika online:

1) Jangan mengeluarkan komen mengutuk atau mengeluarkan perkataan tidak elok kepada Sultan di forum2 atau mana2 tempat di dalam alam maya ini

2) Jangan membuat ancaman kepada orang lain seperti ancaman bunuh , ancaman mahu penggal kepala ke dan lain2 lagi kerana walaupun anda berniat sbg gurauan ttp itu sudah boleh menjadi kes polis

3) Jangan mengutuk rakan2 anda di dalam Blog anda ( minta maaf meon , apok , dan brader buang)

4) Jangan mengutuk boss anda di FB dan lupa nk private ur wall post kerana itu mengundang bencana kepada anda

5) Jangan menulis status anda di FB pada pukul 1.30 ptg di hari Jumaat kerana anda akan kantoi x pegi semayang Jumaat( utk kaum lelaki sahaja)

6) Jangan letak link Cikgu Shida di wall abg ( abg x minat cikgu shida fullstop)

7) Jangan la tag nama abg kat gambar duit2 tu,menyampah ak tgk

8) X de idea dah

Sekian

PS/: x de gambar di post ini

Tips 15# Cara nak pujuk awek



Awek merajuk adalah lumrah dalam percintaan( ewahh!)..:

1) Belikan hadiah (kire mcm rasuah gak..haha)

2) Membuat suprise seperti jika awek anda di Penang, amik tiket bas g Penang ( better naik bas sbb jimat kos) di hari awek anda merajuk ,nescaya awek anda akan sgt syg pada anda dan berfikir dua kali nk merajuk sbb x nk anda dtg jauh2 kecuali die mmg nk anda dtg tp anda x nk dtg..(ini kisah benar)

3) Beli roti Gardenia Butterscotch dan jagung manis serta membawa adik perempuan anda sekali bersiar - siar ( kredit to Meon tp ak x tau Imah tu awek ko ke x..haha)

4) Certain perempuan suka bila anda keep pujuk die,so if awek anda mcm tu , terus pujuk pakai sms ke , greeting card ke call ke sampai la die maafkan anda

5) Certain perempuan pulak x suka anda keep pujuk die , die akan rase anda push die tuk maafkan kesalahan anda , so better lets she cool down dulu baru anda pujuk

6) Jangan wat hal ketika bulan datang kepada mereka..hihihi..kerana mereka akan sgt sensitive dan hal kecik pun leh jadi besar

7) Kalau anda pandai bermain alat muzik , satu advantage kepada anda kerana lumrah manusia ni mmg suka pada muzik tp jgn plak mainkan lagu black metal( kredit to brader buang)

8) X payah ade awek, kan senang..haha, nak kawen nnt suh mak carikan

Sekian

Sunday, March 20, 2011

Tips 14# Apabila keluar ngan awek tp duit tak berape nk ade



Tips untuk kaum lelaki sahaja tp abg rase ad lelaki lagi expert dah bab2 ni:

1) Dating di tempat2 yg tidak memerlukan duit yg byk seperti di taman - taman contohnyer Taman Tasik Shah Alam dan Taman tasik Titiwangsa( sbb tu abg slalu bawak ex gf abg g situ..haha)makan aiskrim smbil berjalan2

2) Pilih gerai atau warong tepi jalan apabila hendak makan bersama dengan alasan warong itu mempunyai makanan yg special walaupun anda sendiri tidak tau ap yg special kat warong tu

3) Apabila mahu menonton wayang , pastikan keluar pada hari weekdays dan tidak menonton selepas pukul 6 , tetapi make sure kad pelajar anda masih ada kerana boleh dpt discount pelajar..keluar pada hari ladies nite pun ok

4) Jika anda mmg "kering" giler , sila buat2 anda menghadapi masalah mengeluarkan wallet atau seperti kehilangan wallet ketika hendak membayar..ini akan menyebabkan awek anda membyarkan terlebih dahulu..jgn lupe ucap terima kasih dan berjanji akan mmbayar semula pada masa akan datang( sila jgn ckp tempoh waktu..hahaha)

5) Cakap terus terang anda mmg tgh kering pada mase ni , klu gf anda faham, anda seorang yg sgt bertuah

6) Sebelum keluar , berdoa supaya gf anda tidak minta macam2 nanti..hehehe

sekian

PS: Lame dah x g dating

Tips 13# Alasan apabila datang lambat kerja



Bangun lambat pergi kerja adalah perkara biasa kpd setiap insan yg bekerja sama ada kerja private ataupun keje "gomen":

1) Jalan jam @ jem.. yup ini adalah alasan paling kerap di gunakan bukan sahaja oleh pekerja tetapi juga oleh boss walaupun mereka ini duduk di luar bandar dan di daerah yg tidak berapa nk maju

2) Hujan lebat...alasan ini biasenyer di gunakan oleh mereka yg menaiki motor..kalau mmg hujan lebat x pe, klu x hujan , renjiskan sedikit air di baju anda supaya kelihatan anda baru saje melalui hujan yg lebat

3) Bangun lambat kerana menjaga akak ipar yg baru bersalin , jika mmg anda ada akak ipar x pe,tp klu xde akak ipar ,pastikan anda tidak lepak di kedai mamak ameer( kredit to meon)

4) "Aku datang awal pukul 8 tp depoh x bukak lagi" luah brader buang..brader ni mmg hari2 datang lambat sebab orang "ofis" die pun bukak "ofis" lambat..ish2 gomen2(kredit to brader buang)

5) "Minyak motor habis boss"..perkara ini selalu berlaku kpd abg sbb motor abg meter minyak da rosak

6) "Tayar motor pancit boss"..ini pun same jgk sbb berat badan abg yg berlebihan

7) "Saya dah malas nk kerja kat sini lagi" apabila anda sudah berjaya dlm MLM

8) "Ofis ni ayah saya punya,sukati la nk dtg lambat ke ap ke" hnya bila ofis itu betul2 ayah anda pune

9) "Ade excident kat tepi jalan td boss dan sy tolong hntr mangsa ke hospital" make sure anda tidak kerja di hospital itu

Sekian

PS: Abg lebih suka kerja sendiri , sendiri bos ,sendiri kuli

Tuesday, March 15, 2011

Tips 12# Bagaimana nak melepaskan angin @ kentut di tempat awam tanpa di sedari

Tips kali ni agak kotor sikit tp ianya terjadi kepada semua org:

1) Pastikan dahulu kentut anda itu akan mengeluarkan bunyi yg kuat atau perlahan

2) Jika bunyi itu kuat , pastikan punggung anda tidak di halang oleh sesuatu yg keras kerana di khuatiri akan menyebabkan bunyi kentut itu bergema

3) Jika bunyi kentut anda perlahan,pastikan anda membuat sedikit bunyi - bunyian seraya mengeluarkan kentut itu seperti batuk , bersin dan juga membuka plastik keropok

4) Sebelum kentut , igt seketika ap yg anda telah makan sebelum itu , jika anda tidak makan durian,telur rebus dan petai , anda masih lagi selamat

5) Jika anda makan makanan seprti di tips 4 , baunaya amatla pekung dan jika anda terlepas juga , sila berlakon menjadi org yg mula2 sekali perasan akan kehadiran bau yg tidak menyenangkan itu

6) Sila lihat org sebelah kanan,kiri, depan dan belakang anda sambil menutup hidung dan membuat muka marah, jgn lupa utk menggelengkan kepala

7) Jika di dalam bas dan anda sedang duduk , sila buat2 tido apabila sudah melepaskan gas beracun tersebut

8) Teknik terbaru dan canggih ialah dengan menggunakan telefon anda , sila letak volume ringtone di tahap tertinggi dan mainkan ringtone itu seolah - olah ad org menelefon anda dan jgn lupe utk mengeluarkan gas itu dgn cepat

Monday, March 14, 2011

Tips 11# Bagaimana cara untuk post anda di FB mendapat "like" yg byk

Mase tgh lepak bersama member2 abg, ade sorang mmber abg ni jeles dgn mmber abg yg lagi satu sebab mmber abg lagi satu ni selalu mendapat "like" yg byk di setiap postnya di FB,,bagaimana die boleh berjaya mendapat " like " yg sebegitu byk?" berikut adalah serba sedikit tips dari abg:

1) Post sesuatu mengenai agama seperti mengkagumi kebesaran Allah,keinsafan kepada Allah dan juga nasihat berunsur keagamaan

2) Post sesuatu mengenai kemenangan dan ucapan tahniah , x kira la kemenangan pasukan bola sepak negara ke , kemenangan dato lee chong wei ke dan lain2 lagi

3) Post sesuatu mengenai berterima kasih kepada rakan2

4) Post sesuatu quote dari bijak pandai tapi make sure quote itu mengenai kebaikan

5) Post sesuatu yg romantik @ comel kepada gf or bf anda tapi make sure it's not annoying to other people

6) Post mengenai ketidak puas hatian anda mengenai sesuatu yg teruk yg berlaku di sekeliling anda tp make sure anda di pihak yg benar

7) Post ucapan hari jadi kepada rakan anda

Sekian

Tips 10# Apabila berhadapan dengan orang2 Multi Level Marketing (MLM)



Pasti anda pernah berhadapan dengan org2 MLM ni kan , samada kawan anda ataupun kawan kpd kawan anda , ataupun abg anda ataupun kawan kepada abg anda , jiran anda mungkin..bagaiamana nk berhdapan dengan org2 ini:

1) Jika ada kawan2 anda yg sudah bertahun x pernah nk msg anda atau mengambil tahu hal anda tiba2 ajak anda keluar minum , siap blanja lagi ,sila berhati2 kerana pasti kwn anda itu ad udg di sebalik batu

2) Jika tiba2 kawan2 anda msg or call anda ingin meminjam wang dari anda dgn alasan family problem dan meminta anda measukkan wang ke dlm account mereka ,mereka sebenarnya sedang mengumpul wang utk join MLM

3) Jika kwn anda berjanji ingin belanja anda makan , pastikan anda meng order makanan dan minuman yang mahal2 seperti nasi goreng ayam dgn air buah.

4) Ketika anda di ceramah oleh geng2 MLM ni , pastikan anda jgn byk bertanya kerana geng2 MLM ni sudah di train oleh Upline mereka utk menjawab segala soalan prospek,jika kurang bertanya maka lagi cepat la anda boleh balik

5) Jika anda tidak mahu join , pastikan anda tidak ckp anda tidak mahu join ketika anda di closing kerana geng2 MLM ini akan membasuh anda sehingga anda tiada alasan utk di berikan

6) Mereka akan follow up anda melalui telefon tp ketika ini anda sudah boleh beritahu yg mereka yg anda tidak mahu join dan jgn jwab panggilan mereka,buat bodoh je pasti mereka akan bosan dan meninggalkan anda

7) Anda juga boleh mempermainkan mereka dgn memberi harapan palsu kepada mereka

8) Jangan sekali2 terpedaya dgn kereta mewah mereka kerana kebanyakkan kereta mewah itu mereka pinjam dan hny org atas yg sudah kaya raya je yg ade kete tu

Ps: abg pun dulu wat MLM tp dah taubat ,tu yg abg tau selok belok MLMers ni..hahaha

Friday, March 11, 2011

Tips 9# Apa yang wanita @ aweks anda suka



Berdasarkan pengalaman abg bercinta dgn mcm2 wanita:

1) Kelakar..yup ramai perempuan yang suka lelaki kelakar or in english is funny..tp ramai lelaki yang funny ni curang sebab die menjadi tarikan ramai wanita. tapi ade jgk wanita yg lambat sikit tangkap lawak yg lelaki tu buat so benda tu jadi dah x funny but become annoying

2) Romantik..yup lelaki romantik juga menjadi pilihan wanita tp harus berhati - hati supaya tidak terlebih romantik sbb pempuan akan menyampah nnt

3) Hadiah..yup pempuan sgt suka pada hadiah walaupun nilai hadiah itu tidaklah mahal sgt tp mereka akan menghargai hadiah itu sampai bila2..but ad perempuan yg hanya mahukan hadiah yg mahal kerana mereka percaya mereka berhak utk terima hadiah itu

4) Ucapan sayang @ I luv u..yup..women dig it in walaupun berjuta - juta kali anda ucapkan tp mereka tetap mahu mendengarnya tp harus berwaspada kerana wanita tahu nada ucapan yg kita ucapkan samada ikhlas atau terpaksa..jadilah kreatif apabila mengucapkan ayat tersebut

5) Lagu..yup benda ni abg paling suke..hadiahkan lagu atau klu pandai mainkan gitar ke ,piano ke lagi bagus..abg pun ade cipta lagu tuk ex gf abg..huhu

6) Jadilah seorang yg sensitif or peka dengan ap yg wanita in katekan..jgn wat sambil lewa atau nak x nk jer dengar walaupun benda yg die ckp tu sgt la x minat pada anda tp kene ambil bahagian

7) Jadi la diri sendiri dan terima diri die seadanya

P.S : Ingt lagu bob marley " no women no cry"

Tips 8# Apa yang boleh anda buat ketika online selain berFB



Apa lagi selain berFB

1) Bace blog www.akulabaw.blogspot.com

2) Bace blog Hanis Zalikha

3) Baca blog Fatin Liyana

4) Baca surat khabar online etc kosmo , berita harian

5) Kalau minat politik boleh bace malaysiakini , blog che det , x pun blog anwar ibrahim

6) Bukak online shopping mcm ebay , mudah dan lelong

7) Kalau suka gossip dan cerita artis , boleh bukak beautifulnara, ohbulan , murai dan gua.com.my

8) Klu masih belajar , boleh bukak student portal Universiti

9) Kalau menjadi lelaki gatal, boleh bukak Tagged sbb byk lelaki pervert kat situ

10) Kalau berpacaran , jgn tunggu lama2..haha

Error

Tips 7 terpaksa di delete kerana boleh mencetuskan pergaduhan..tunggu tips abg yg lain

Sekian

P.s: Sorry meon..hahaha

Thursday, March 10, 2011

Tips 6# Bermain Defense of The Ancient ( DOTA)

Khas untuk pejuang - pejuang tegar DOTA tp ini bukan tips utk menang dalam DOTA ke atau strategi main DOTA tp ini adalah tips ketika bermain dota:

1) Jika bermain di rumah bersama rakan - rakan ( pakai LAN) sila berbuat bising untuk mengganggu konsentrasi rakan anda

2) Jika hampir kalah, sila tarik wayar LAN anda dan segera salahkan Switch modem anda dan ajak remark semula

3) Jika berjaya membunuh Hero member anda,sila jerit sekuat hati, ini akan membuat rakan anda panas hati




4) Apabila sudah menang , boleh menganjing rakan anda tp jgn terlalu lama kerana akan berlaku pergaduhan

5) Apabila sudah menang dan rakan anda ajak rematch semula,tolak pelawaan rakan anda itu sbb jika anda kalah pada rematch ke dua, anda pula akan di nganjing..contoh ayat" ko g blaja dulu men , bila da power baru ajak rematch"..hahaha

6) Apabila rakan bermain DOTA online, jgn sesekali anda mengganggu rakan anda itu kerana boleh menyebabkan pergaduhan.

7) Kepada rakan - rakan yg agak emosi,sila jaga tutur kata

8) Kepada aweks pemain DOTA, sila faham akan situasi tersebut,jgn ganggu bf anda dgn msg2 dan call,pasti anda akan dislahkan jika mereka tewas

Sekian

ps: abg masih men dota walau umur dah 24

Wednesday, March 9, 2011

Tips 5# Apa perlu buat apabila anda minat kat rakan sekerja di ofis



Pasti perkara ini pernah berlaku pada anda ( jika anda da keje la)tetapi ap yang harus anda lakukan:

1) Kenal pasti rakan2 sekerja anda yg turut sama meminati orang itu

2) Pastikan anda mempunyai kelebihan dari pelbagai sudut berbanding rakan2 anda yg lain seperti membawa motor jaguh berwarna hijau gelap @pun mempunyai kolam ikan keli yg byk

3) Jika anda mempunyai pasport dan pernah ke oversea adalah satu advantage kepada anda

4) Tahu lagu yg diminati org tersebut dan selalu memasangkan lagu tersebut apabila org itu lalu di sebelah meja anda

5) Ceritakan keburukan org itu pada pesaing anda samada dari sudut paras rupa atau perangai sbg contoh muka berparut ataupun org itu sgt gedik yg akan membuat pesaing anda tawar hati utk mencuba

6) Jika anda malu utk meminta no telefon org itu , anda boleh cari di salinan KWSP org itu ( kredit to Apox)

7) Punch kan kad org itu jika org itu lambat masuk ke ofis

8) Ketika lunch , tlg bayarkan makanan yg di tempah oleh org itu

P.s : Abg x pernah suke kat rakan sekerja..x berkembang nnt..hahaha

Tips 4# Alasan yang biase di gunakan apabila di ajak member pergi melepak

Alasan apabila member - member anda ajak lepak tetapi anda x boleh dtg @ x nk dtg :

1) Pnt,Mls ( alasan paling puaka dan di ikuti cacian dan makian dari member anda)

2) Sory r bro , ade keje skit ( tgh tgk tv kat umah)

3) Lepak mane? klu kat Kopi Gajah ak x nk la ( kopi gajah ni biase ak minum ais kosong je,mahal beb)

4) Ko g dulu kang ak sampai ( mmg x sampai2 la jawabnyer)

5) Sape ad ? ko roger budak2 dulu

6) Sory la kawan2 , akak ipar aku nk bersalin x de org jage( kredit to meon yg x de akak ipar pun , cilake kaidei)

7) Call x angkat

8) Mesej x reply

P.s/ Lepak sambil tgk game Man Utd mmg terbaek

Tips 3# Cara menghadapi apabila di bahan oleh kawan2 apabila team EPL anda tewas

Pasti anda pernah merasa di bahan oleh rakan2 bile team EPL kesayangan anda tewas..di sini ad tips2 untuk menghadapinya


1) Disable kan FB anda buat seketika

2) Matikan telefon bimbit anda apabila wisel penamat di bunyikan

3) Jika melihat bola bersama-sama rakan di kedai mamak..diam dan hanya senyum sahaja walau dlm hati dah panas giler

4) Kutuk sekali team anda ketika mereka mengutuk team anda kerana dgn cara itu mereka akan kehabisan idea

5) Puji team lawan yg telah menang dan hanya kutuk sikit2 sahaja

6) Kaitkan dengan sejarah kegemilangan team anda yg tidak boleh di sangkal oleh kwn anda

P.s/ Abg die hard fan Man Utd

Tuesday, March 8, 2011

Tips 2# Macam mana nak survive di ofis

Antara tips yang Abg tau berdasarkan pengalaman Abg:

1) Kalau dtg lambat jgn lupe suruh org punch card kan sebab klu kantoi, biase org yg punch kan yg kene sound..hahaha

2) Jgn punch kan kad org len sbb ( sila baca di atas)

3) Jika mengantuk giler, sila tidor di surau @ di stor apabila bos @ penyelia anda pergi bersarapan pagi..dpt sejam pun jadi la sbb mmg biase boss ni sarapan mmg sejam




4) Jika anda masih baru jgn tunjuk kan anda tahu segala2nya @ jd hero sebab pekerja lama akan menyampah pada anda dan lebih2 lagi anda hanya pekerja kontrak( sory meon)

4) Rapatlah dengan pekerja2 lama contohnya jika ad game bola live pasukan Malaysia di tv, sila lah turut serta walaupun anda sebenarya x minat bola ( kredit tu Apox)

5) Balik lambat sedikit ataupun rembat la mane2 OT yg boleh kerana percayalah ia akan menjamin masa depan anda

6) Berhati - hati apabila tidor di ofis kerana rakan2 suka mendajalkan anda dgn cara mengambil gambar anda sdg tidor dan meletakkan di FB
7) Jangan add boss2 atas di FB kerana( sbb di no 6)

8) Jika kontrak sudah habis , boleh la ke Shah A

lam..hahaha

Monday, March 7, 2011

Tips 1# Macam Mana Lelaki Dpt Awek Smoking Hot




Kalau muka hensem

1) x yah buat apa2 pun


Kalau muke x hensem

1) Duit mesti ade walau pun pinjam kat mak sb nk g dating

2) Ade kete sbb awek hot x nak nek motor kecuali (sila lihat tips no 3)

3) Kalau nek motor pun kene motor superbike

4) Dress up kene stylo

5) Badan kene tough sbb awek hot suke bdan laki yg tough

6) Keje kene tetap sbb keje kontrak ni bile abes kontrak awek pun lari..hahaha

7) Confident level kene tinggi macam member Abg namenyer Meon

8) Kene rajin try dan dont give up easily

9) Kalau susah sangat cari jela awek yg kurang hot tp sedap mata memandang berat lagi bahu
memikul.

P.s: Abg solo lagi..kih3

Pengenalan

Salam 1Malaysia!

Hari ini dalam sejarah telah tertubuhnya blog Abg yang baru..Blog lama Abg dah buang..Blog baru ni bertujuan utk memberi tips2 dari Abg mengenai perkara2 yg berlaku di dunia yg fana ini..Harap maklum bahawa tips2 yang diberikan adalah dari pandangan Abg sendiri dan juga dari maklumat2 yang abg tahu dari media massa dan media cetak..tidak ad kene mengena dgn org lain ;-)

Semoga dapat mengambil iktibar sebarang dua

Yang Benar
(Abg Baw)